Friday, 26 December 2014

Diam tak diam, kita dah sampai ke penghujung tahun. Sungguh cepat masa berlalu. Kadang-kadang kita tak sedar, usia telah meningkat lagi. Today is the last friday untuk tahun 2014. Yup, memang Jumaat yang paling akhir. Takkan ada lagi Jumaat untuk kita pada tahun ini. And pada hari ni jugaklah kaum Adam, umat Islam akan melalui dan menunaikan Solat Jumaat yang terakhir! Sebab minggu depan dah masuk tahun 2015. Akan bermulalah langkah kita di tahun yang baru 2015, insya-Allah.  Sebagai manusia, kita takkan tahu apa yang sudah Allah tentukan untuk kita pada masa akan datang.  Dan sebagai hambaNya yang serba kekurangan, lemah, jahil ini, kita harus melalui hidup ini dengan penuh kesabaran, sentiasa bersyukur, dan redha atas segala ketentuanNya.  Kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.  Jangan sesekali bersangka buruk terhadap Allah, kerana Allah akan memberikan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. 
Tahun 2014 ini, i've been through pelbagai episod hidup. Sweet, bitter, salty, tawar etc etc semua deria rasa yang saling melengkapi antara satu sama lain. Itulah hidup, ianya bak lautan, ada pasang dan surutnya. And this year, i found someone yang... nevermind i will make another post about that person. Itulah hidup, ada madu ada hempedu. Saban tahun bertambah usia, bertambah satu angka di belakang. Ada ketikanya, angka yang di hadapan juga bertukar seiring dengan bertambahnya angka di belakang itu. Ya. Masa. sebagai umat akhir zaman, masa itu memang berlalu dengan pantasnya tanpa kita sedari.  Justeru, hargailah masa. Masa itu bukan emas. To me, masa itu tidak boleh dibandingkan dengan apa jua kekayaan di dunia ini. Masa itu milik Allah, anugerah Allah untuk kita umat manusia. Terpulanglah pada kita menghargainya dan menggunakannya sebaik mungkin. Tahun 2015. Tahun Masihi yang baru. Tetap milik Allah. Hanya manusia yang menamakannya. Semoga apa yang kita lalui pada tahun ni dapat kita hayati baik-baik. Kesilapan yang lalu jadikan pengajaran. 
May God bless all of you, no matter what.
ps and sorry because dah lama tak post apape.
pps and a very merry christmas to all you yang celebrate.