Thursday, 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul




"dan tidak kami ( Allah ) utuskan kau ( wahai Muhammad ) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam ..." -- surah al anbiya : ayat 107


Salam Maulidur Rasul buat semua umat islam di seluruh dunia, sama-sama la kita berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Semoga kita sama-sama dirahmati Allah S.W.T.

"sesungguhnya org yg paling dekat denganKu pada hari kiamat adalah org yg paling banyak berselawat kepadaKu"(Al-nasai & Ibnu Hibban)

Maulidur Rasul berasal dari perkataan Arab (kelahiran Rasul) di mana ia merupakan hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim) bertarikh 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 Masehi. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala (S.W.T).


اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيّدنامُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سيّدنا مُحَمَّ 

Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad,
Wa 'Ala Alihi Saidina Muhammad.


Terima kasih ya Rasulullah kerana kedatanganmu menyinari kehidupan umat akhir zaman ini dengan cahaya islam. Mohon membantu kami nanti sewaktu tiba waktu ketentuan kami Ya Rasulullah Ya Habibullah.

Insya-Allah
May Allah bless,
no matter what.

Salam Maulidur Rasul
MeorMuhdAzfar
1200:01242013