Friday, 28 December 2012

[friday/jumaat] 2012


Diam tak diam, kita dah sampai ke penghujung tahun. Sungguh cepat masa berlalu. Kadang-kadang kita tak sedar, usia telah meningkat lagi. Today is the last friday untuk tahun 2012. Yup, memang Jumaat yang paling akhir. Takkan ada lagi Jumaat untuk kita pada tahun ini. And pada hari ni jugaklah kaum Adam, umat Islam akan melalui dan menunaikan Solat Jumaat yang terakhir! Sebab minggu depan dah masuk tahun 2013. Akan bermulalah langkah kita di tahun yang baru 2013, insya-Allah.  Sebagai manusia, kita takkan tahu apa yang sudah Allah tentukan untuk kita pada masa akan datang.  Dan sebagai hambaNya yang serba kekurangan, lemah, jahil ini, kita harus melalui hidup ini dengan penuh kesabaran, sentiasa bersyukur, dan redha atas segala ketentuanNya.  Kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.  Jangan sesekali bersangka buruk terhadap Allah, kerana Allah akan memberikan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. 
Tahun 2012 ini, i've been through pelbagai episod hidup. Sweet, bitter, salty, tawar etc etc semua deria rasa yang saling melengkapi antara satu sama lain. Itulah hidup, ianya bak lautan, ada pasang dan surutnya. Itulah hidup, ada madu ada hempedu. There's a few person (my family) yang telah pergi meninggalkan kami buat selama lamanya.  Yang pergi takkan kembali, yang masih bernafas harus meneruskan kehidupan milik Allah ini.  Al fatihah dan doa sebagai tanda ingatan kasih sayang yang infiniti.  Mati itu pasti. Dan begitu juga dengan kita semua. Saban tahun bertambah usia, bertambah satu angka di belakang. Ada ketikanya, angka yang di hadapan juga bertukar seiring dengan bertambahnya angka di belakang itu. Ya. Masa. sebagai umat akhir zaman, masa itu memang berlalu dengan pantasnya tanpa kita sedari.  Justeru, hargailah masa. Masa itu bukan emas. To me, masa itu tidak boleh dibandingkan dengan apa jua kekayaan di dunia ini. Masa itu milik Allah, anugerah Allah untuk kita umat manusia. Terpulanglah pada kita menghargainya dan menggunakannya sebaik mungkin. Tahun 2013. Tahun Masihi yang baru. Tetap milik Allah. Hanya manusia yang menamakannya. Semoga apa yang kita lalui pada tahun ni dapat kita hayati baik-baik. Kesilapan yang lalu jadikan pengajaran. 
" Wahai orang-orang yang beriman! apabila diserukan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengigati Allah dan tinggalkanlah berjual beli. yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahuinya". (Al-Jumaat : 9)
"Apabila datangnya hari Jumaat, maka setiap pintu masjid ada malaikat yang mencatat orang-orang yang masuk mengikut urutannya. apabila imam sudah duduk  (di atas mimbar), para malaikat menutup buku catatan mereka dan datang untuk mendengar zikir (khutbah). perumpamaan orang yang hadir ke masjid lebih awal adalah bagaikan orang yang menyembelih haydi (korban) seekor unta, kemudian seperti menyembelih sapi, kemudian seperti menyembelih seekor kambing, kemudian seperti menyembelih seekor ayam, kemudian seperti orang yang menyedekah sebiji telur". (HR Muslim) 

p/s i didnt know why am being i so skematic today, my words and my ayats are soooo baku like straight ikut pembaris!  wtf